Jenis-Jenis Tape Sukan

Rigid Strapping Tape
  • Kegunaan: Untuk melindungi anggota badan dan sendi seperti ankle, lutut, pergelangan tangan, bahu, jari dan lain-lain daripada cedera semasa aktiviti sukan lasak.
  • Sesuai untuk semua jenis sukan seperti ragbi, bola sepak, silat, olahraga, bola baling, bola jaring, dan list-list tidak akan habis sampai besok..hehe.
  • Cara pakai adalah berbeza mengikut bahagian, untuk video cara pakai boleh KLIK SINI.
  • Ada banyak brand yang berada di market seperti Eurotape Mueller, ATF Tape, Jaybird dll. Setiap brand ada kelebihan masing-masing. Ada juga brand yang keluar dengan warna-warna yang berbeza mengikut kehendak pelanggan. Secara keseluruhnya, warna yang berbeza tidak mempunyai fungsi yg berbeza.
  • Fakta: Sisi tape bergigi adalah bertujuan untuk memudahkan proses mengoyakkan tape tanpa menggunakan gunting langsung.
Brand : Mueller Eurotape 

Brand : ATF Sports Tape



  • Ramai pengguna akan menggunakan UNDERWRAP FOAM/TAPE sebelum memakai Rigid Strapping Tape untuk melindungi daripada melecet, bulu roma tertanggal dan juga untuk memudahkan tape di buka selepas aktiviti
Underwrap Foam dipakai dahulu sebelum Rigid Stapping Tape

  • Ada soalan lebih lanjut untuk tape sukan? KLIK SINI untuk lihat Soalan-Soalan Lazim (FAQ)

UNDERWRAP FOAM/TAPE



  • Kegunaan: Menjadi pelapik untuk melindungi kulit daripada gam kuat rigid strapping tape. Selalunya kulit pemakai strapping tape boleh melecet dan juga tertanggal bulu roma semasa hendak menanggalkan rigid tape.
  • Sifat: Lembut macam foam kapas tetapi elastic dan mudah untuk dipotong dengan hanya tarik sahaja.
  • Fakta: Warna-warna yang ada tidak mempunyai sebarang fungsi special. Juga tidak akan kelihatan semasa anda memakainya kerana tertutup oleh rigid tape.

KINESIOLOGY TAPE
  • Kegunaan: Mempercepatkan proses recovery kecederaan di samping menyokong sendi dan juga menstabilkan otot. Semasa recovery tidak digalakkan bergerak dengan banyak di kawasan yang cedera. Dengan memakai Kinesiology Tape, ia dapat mengawal pergerakan ektrem di sendi/anggota yang cedera
  • Sifat: Tape elastik yang dapat memanjang 140% daripada panjang asal. 
  • Gam yang tahan lasak. Sekali pemakaian boleh bertahan beberapa hari. Tahan Basah.
  • Fakta:Warna-warna yang berbeza tidak mempunyai fungsi yang berbeza. Hanya untuk tujuan kosmetik sahaja. Ada juga brand yang keluar dengan design-design menarik. Tetapi tidak ada beza fungsi antara design-design tersebut.
  • Terdapat pelbagai brand di market seperti KT Tape, Rocktape, Kinesio Tex.. dan juga house brand TMT yang ternyata berkualiti Standard Olimpik dan diperakui tahan lasak.
  • KLIK SINI untuk video cara pakai kinesiology tape








  • Ada soalan lebih lanjut untuk tape sukan? KLIK SINI untuk lihat Soalan-Soalan Lazim (FAQ)





  • Untuk pembelian boleh hubungi kami di +6019-6693232




    Comments